Jumaat, Disember 18

Santa Kelaus Datang Ke Rumah Ku Membawa Perkabaran Dari Kutub Utara

Selamat menyambut Maal Hijrah kepada semua umat Islam. Semoga tahun baru ini kita dapat memperbaiki sikap dan menjadi lebih baik dari tahun-tahun yang lalu. (Ya, kopi pes tweet aku pagi tadi.)

Yellow yellow. Disebabkan hari ini tersangatlah nyaman kerana pagi-pagi sudah hujan, maka tiadalah aktiviti luar yang boleh dilakukan atau dengan kata lain, banyak lah masa untuk buat benda-benda tak berfaedah di rumah seperti apa yang gua nak buat ni. Akan tetapi kerja-kerja seperti sapu sampah, kemas rumah, kemas bilik telah Farah saya sempurnakan. Huahua. Tak lawak. Saja ketawa. -__-

Bebalik pada kes mengarut harini ye bapak-bapak, ibu-ibu, adik-adik, anak-anak, kakak-kakak, abang-abang, makcik-makcik dsb, saya terlampau (tak tahu nak sambung ayat apa. Mari ke perenggan baru.)

Tajuk hari ini ialah cara kita mengekspresikan perasaan kita semasa sedang ber-pesanan-ringkas atau ber-sms. Titik.

Bila rasa gembira tepuk perut atau teringin tersenyum kepada si penerima sms, kita perlu taip ini :O) atau :) atau mata yang panjang pula, macam ini =) atau =O). Untuk lebih spesifik kita boleh taip ini :-) dengan menambah simbol - bagi menunjukkan bahawa kita ada hidung. Bagi sesiapa yang tersangatlah gembira boleh lah senyum dengan menaip ini ^__^. Boleh pejam mata bagi menambahkan unsur dramatik ke dalam ekspresi yang hendak ditonjolkan. Contohnya seperti gambar di bawah.


Kedua, pabila kamu sedang berbual dengan Amir Raja Lawak(I'm sorry!), dan dia secara tiba-tiba telah membuat lawak yang tersangat lawak. Kamu boleh menaip "HAHAHAHAHAHA" dan diikuti dengan simbol ini :D atau =D. Untuk wanita yang sopan santun, kamu boleh lah menaip ini "HIHIHIHIHI" dan diikuti dengan simbol yang sama seperti tadi. Cara ketawa "EKEKEKE", "HOHOHO", "HIKHIKHIK", "AGAGAGA" dan "HUAHUAHUA" adalah tidak relevan kerana pabila kita menyebutnya, bunyinya tidak keluar selancar "HAHA" atau "HIHIHI". Pabila kita ketawa seperti "HAHA" mulut kita akan terbuka luas, dan ketawa seperti "HIHI" mulut akan terbuka tidak seluas ketawa menggunakan "HAHA". Ya, boleh rujuk gambar di bawah.


Ketiga, jika kamu adalah ahli kumpulan Keamanan di sekolah atau menyokong keamanan dan penerima sms kamu itu sama seperti itu, maka kamu haruslah menggunakan simbol ini di setiap akhir perbualan, atau jika kamu rajin, setiap perbulan boleh di selitkan simbol ini. v(^^,) Comel bukan? Contohnya seperti gambar di bawah.


Keempat, simbol ini boleh digunakan hanya di topik-topik perbualan yang tertentu. Simbol ini juga tidak boleh digunakan semasa berbicara tentang kesedihan yang dialami seperti kawan kamu kematian kucing dsb. Jika kamu guna juga, ia akan mendatangkan perasaan kurang senang kepada si penerima sms. Dan mungkin si penerima sms itu turut menghantar kamu simbol yang sama. Ini simbolnya =.=" atau -.-" atau -___-". Simbol ini sama dengan ekspresi makcik jual buah dalam gambar di bawah ini.


Akhir sekali ialah simbol jika kamu mahu menunjukkan kemarahan kepada penerima sms itu. Contohnya seperti ayat ini "Mu bakpo dok repla mesek aku? >:| Tanok kawe nge mu". Maksudnya "Kenapa kamu tidak reply message aku? >:| Tak nak kawan dengan kamu." Hahaha. Simbol ini ">" adalah untuk mengspesifikkan ekspresi kamu, iaitu seperti kening yang berkerut dan marah. Contoh seperti gambar di bawah.


Baiklah. Dengan ini, marilah kita sama-sama berdoa agar model-model dalam gambar yang telah digunakan tidak membunuh saya. Amin. Bahbai.

Rabu, Disember 16

Tak Ada Kerja #1

Perbualan antara aku dan Jimot di malam hari yang sejuk dan suram.

Aku : Wahsap berahsap. Ekau balik kampung halaman bilo?
Jimot : Wahsap wahsap. Aku patutnya balik Jumaat ni, tapi takde pitih.
Aku : Kalau dekat aku dah ambik dah.
Jimot : Dekat je, 3jam.
Aku : Tengkorak kamu. Naik unta boleh lah.
Jimot : Takyah nak unta baik naik tapir baru ke-Pahang-an sikit.
Aku : Alang-alang baik naik panda berkepak milik kerajaan langit yang bernama Siti Kunsa.
Jimot : Mana muat ngek.
Aku : Alah. Aku tunggang kat depan, kau duduk kat belakang. Kalau tak muat kau berpaut pada telur dia.
Jimot : Babi.
Aku : Eh? Kita bukan cakap pasal panda ke?


PS: Belakang tu ekor panda bukan telurnya.
PPS: Aku memang ada banyak masa terluang.
PPPS: Aku teringin nak bela panda seekor dan juga seekor harimau.